sejak dirinya aku kenali, aku makin yakin untuk mendekatinya, namun aku tidak tahu apakah aku hanya bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya. dia membahagiakanku dia berjaya membuka pintu hatiku untuk mencintai seorang insan yang bernama lelaki. dia seorang yang bertanggungjawab dan anak yang baik kepada keluarganya aku kagum dengan pengorbanannya terhadap keluarganya..kehadiranku di dalam keluarganya diterima baik seolah-olah mereka semua merestui perhubungan kami. keluarganya membuatkan aku berasa senang untuk aku mendekati mereka dengan lebih rapat lagi seperti keluargaku sendiri. namun ramai yang bertanya apakah kesudahan perhubungan kami...aku hanya terdiam dan menyatakan bahawa semuanya qada' dan qadar Tuhan, jika dia yang terbaik untukku dan aku adalah untuknya, aku redha dan menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka...jika sebaliknya aku pasrah mungkin ada hikmah disebaliknya. bagiku...dia lelaki, dia berhak untuk membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya untuk dijadikan suri dihatinya, cinta tidak mungkin dimiliki, jika tiada yang memberi..cinta perlukan pengorbanan, keikhlasan. kejujuran dan kepercayaan.. cinta sesama manusia hanya kekal semasa hayatnya, tetapi cinta yang hakiki dan abadi hanyalah cintakan Allah dan Rasulallah...itulah yang harus kita letakkan harapan/kepercayaan dalam kehidupan kita supaya kita tidak lari dari batas dan syariat agama kita. kini aku hanya menanti dan terus menunggu apakah pengakhiran perhubungan ini. sesugguhnya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukannya.:)'
No comments:
Post a Comment