Saturday, December 11, 2010

PERJALANAN INI

DALAM HIDUP INI SETIAP INSAN MENDAMBAKAN KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN DALAM HIDUP. NAMUN DALAM MENITI SEBUAH PERJALANAN HIUDUP YANG PANJANG PASTI ADA BERIBU HALANGAN ONAK DAN DURI YANG AKAN DITEMPUHI. KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN YANG KITA TEMPUHI HARI INI TIDAK MUNGKIN AKAN BERKEKALAN UNTUK SELAMA-LAMANYA. BERGITU JUGA DENGAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN YANG KITA MILIKI SEKARANG MUNGKIN JUA AKAN LUPUT KEESOKKANNYA.

OLEH ITU, SEBAGAI SEORANG HAMBA JAGANLAH KITA LEKA DENGAN DUNIAWI SEMATA-MATA. BERUSAHALAH UNTUK MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADA-NYA DAN JANGANLAH KITA LEKA. SESUNGGUHNYA KITA DISINI SEDETIK CUMA BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA.HIDUP INI PASTI BERMAKNA SETELAH KITA MENDAPAT KEREDHOAN DARI-NYA.

JADILAH ANAK YANG DISAYANGI OLEH IBUBAPANYA, SAUDARA YANG DISENANGI OLEH MASYARAKAT, SERTA INSAN YANG MENCINTAI RASULLALLAH S.A.W. DAN HAMBA YANG TAAT DAN TAKUT AKAN KEMURKAAN-NYA.

INSYAALLAH...KITA PASTI SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT SANA...
AMIN.....

Tuesday, November 16, 2010

Friday, November 12, 2010

adik2ku

PUISI

DALAM HIDUP INI

Hendaknya dalam hidup ini
sesekali menoleh ke belakang,
menatap darah hati 
kerana dari lukanya...
dapat kita pelajari KESILAPAN.

 Hendaknya dalam hidup ini 
sesekali aku memandang ke hadapan,
merencana hari hadapan 
kerana dari perencanaan itu...
dapat kita bina KEJAYAAN.

Ingatlah wahai saudaraku...
sesungguhnya dalam hidup ini
tiada apa yang kekal,
tanpa usaha impian tidak akan
menjadi sebuah KENYATAAN.

Segeralah melaksanakan kewajipan
bertawakal dan tabahlah 
dalam mengharungi kehidupan,
sesungguhnya padaNYA jua 
pengakhiran sebuah PERJALANAN.

Thursday, November 11, 2010

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

Permata yang dicari -dehearty- (with lyrics)

DIA KEKASIH ALLAH

Akademik merudum

Akademik merudum
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
upen@bharian.com.my
2010/11/12

Kadar perpindahan guru tinggi jadi punca utama di Sabah

KADAR perpindahan dan pertukaran guru yang tinggi di Sabah dengan anggaran 700 orang setiap tahun dikenal pasti punca utama tahap pencapaian akademik di negeri itu tidak mampu menyaingi pencapaian yang direkodkan negeri lain.
Exco Pelajaran negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata perpindahan itu kebanyakannya membabitkan guru berpengalaman dari Semenanjung dan Sarawak yang kembali ke negeri asal selepas berkhidmat antara tiga hingga lima tahun di sini.
Katanya, kajian Jabatan Pelajaran negeri mendapati keadaan itu menyebabkan corak pengajaran sesuatu mata pelajaran di sesebuah sekolah berubah kerana setiap guru mempunyai pendekatan mengajar yang berbeza, selain mengambil masa menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

“Perubahan cara mengajar dan tempoh yang diambil seorang guru menyesuaikan diri di sekolah baru memberi kesan kepada pencapaian akademik peringkat sekolah, lebih-lebih lagi keadaan berlaku hampir setiap tahun.

“Selepas tiga tahun, apabila guru terbabit serasi dan corak pengajarannya difahami, mereka memohon kembali ke negeri asal. Apabila mereka pindah, guru lain menggantikan tempat mereka dengan membawa pendekatan pengajaran berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Shiong, Putatan, dekat Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mengulas mengenai masalah utama kerajaan dalam meningkatkan pencapaian akademik di negeri berkenaan yang masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Katanya, kadar perpindahan dan pertukaran guru perlu diatasi dengan mengambil lebih ramai bakal guru berasal dari Sabah.

“Walaupun kini, jumlah guru tempatan lebih ramai berbanding negeri lain, diharapkan Kementerian Pelajaran perlu menambah pengambilan mereka bagi mengatasi situasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan kementerian menerusi pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Menerusi perjumpaan itu, katanya Muhyiddin memberi jaminan kementerian akan mengkaji pendekatan sesuai mengatasi keadaan itu dan melaksanakannya tidak lama lagi.

Masidi berkata, guru berpengalaman amat diperlukan di negeri ini untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dan pelajar serta membantu meningkatkan prestasi akademik peringkat negeri.

Kerajaan negeri kata beliau, mengambil berat masalah kekurangan dana dialami kebanyakan sekolah aliran Cina di negeri itu, khususnya dalam menyediakan prasarana untuk keselesaan pelajar.

Katanya, sekolah aliran Cina di Sabah bukan saja diperlukan masyarakat Cina, malah kini kira-kira 60 peratus murid di kebanyakan SJKC adalah masyarakat Bumiputera.

my parent

bapaku diberi nama Azme Bin Osman seorang yg bertanggungjawab dan sporting di kg ada yg org sllu panggil "lie" @ "me". ibuku pula biberi nama Zainab Binti Lazin seperti nama ank Nabi s.a.w. dia adalah seorg yg penyanyang, pandai memasak dan menghias rumah. hobinya mmg suka tanam pokok bunga, lihatlah rumaku dah seperti taman2 idaman. haha.  



profile

Hijau kuning tanahku,negeri Kedahku.
Keluarga sememangnya anak jati Kedah.
Anak sulung dari 3 orang adik-beradik.
Dulu semasa bersekolah rendah bermula di SKPC,
menengah di SMKPB dan SMKAH.
Kini melanjutkan pelajaran di UPSI(AT43).