Thursday, December 22, 2011

Ya Allah..mungkin kali ini bukan rezeki aku, aku redha dan terima semua pemberianMU... aku tahu Egkau akan selalu bersamaku, ampunilah segala dosa-dosaku, segala kemusyikalan hatiku terdapat nikmat dan kurniaanMU sesungguhnya aku hambaMU yang lemah ya Allah... kurniakanlah kejayaan kepada para sahabatku agar mereka gembira dalam menjalani kehidupan ini ya Allah.. sesungguhnya kejayaan mereka adalah kejayaan ku jua.. ya Allah, seandainya sesuatu telah engkau titipkan untukku dekatkanlah dirinya dan diriku. jika sesuatu yang Engkau kurniakan untuk ku adalah yg terbaik untuk ku damai kanlah hatiku dengan ketentuannMU sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui akan segala-galanya Ya Allah... tabahkanlah hatiku dalam meniti perjalanan hidup ini... Engkau rahmatilah kedua orang tua ku yg amat aku kasihi.... sampaikanlah salam rinduku buat mereka Ya Allah dari anak yg jauh diperantauan..... Ya Allah, ampunilah aku jika aku ragu2 dengan nikmat pemberianMU, bersihkanlah hatiku ini dari segala niat yg buruk dan tetapkanlah iman di hati ini agar sentiasa berada dalam redhaMU... aminnnn..... :)'

Wednesday, November 30, 2011

DIMANAKAH KEKUATAN ITU....

SESUNGGUHNYA DALAM MENITI PERJALANAN HIDUP INI, BANYAK ONAK DAN DURI YANG AKAN KITA TEMPUHI, DAN REDAHI. NAMUN MAMPUKAH KITA UNTUK MNEGHADAPINYA, DIKALA KITA REBAH KITA BANGUN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN, DIKALA KITA JATUH TERSUNGKUR, KITA BANGUN DENGAN JASAT YANG TIDAK BERDAYA, DIKALA KITA LEMAS DILAUTAN, KITA MENCARI SESUATU UNTUK BERPAUT AGAR KITA DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN INI.ADAKALANYA KITA BERPUTUS ASA DAN TAK INGIN BERUSAHA UNTUK MELAKUKAN APA-APA, MEMBIARKAN SAHAJA PERJALANAN ITU BERLALU, SEHUNGGA KITA KETINGGALAN JAUH KE BELAKANG. BERGITULAH JUGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH...DIKALA KITA SENANG KITA SERING TERLUPA DAN TERLEKA DENGAN KHAYALAN DUNIAWI, KETIKA KITA BERSEDIH DAN BERDUKA BARULAH KITA MENADAH TANGAN MEMOHON PERTOLONGANNYA, PERNAHKAH KTA FIKIRKANNYA SEBELUM INI? PERNAHKAH KITA MENGHAYATI TUJUAN DAN HAKIKAT SEBENAR SEBUAH KEHIDUPAN? SETIAP SESUATU YANG KITA LALUI PADA HARI INI DAN PADA HARI SEBELUM INI, SEMUANYA ADALAH SURATAN TAKDIR DARI_NYA, SETIAP PERENCANAAN_NYA ADA HIKMAH BUAT KITA SEMUA, YAKINLAH DENGAN ALLAH SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MENGETAHUI AKAN SEGALA-GALA_NYA. JANGANLAH KITA LUPA DAN ALPA DENGAN KEASYIKAN DUNIA YANG HANYA SEMENTARA...ALLAHLAH PENENTU SEGALA, DIALAH YANG BERHAK KE ATAS MAKHLUK_NYA. BERUSAHA, BERDOA, TAWAKAL & BERSABARLAH DENGAN APA YANG AKAN KITA LALUI... HANYA PADA_NYA KITA KEMBALI, KERANA_NYA KITA DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN INI...

Saturday, November 26, 2011

...FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA...

setiap yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. setiap manusia tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai ujian (suka, duka, gembira, sedih & kecewa ), sesungguhnya Allah telah merencana setiap kehidupan hambaNYA di atas muka bumi ini. yakinlah dengan ketentuan Tuhanmu percayalah padaNYA, yakinkanlah dirimu jangan bersedih & berputus asa dalam hidup, berusahalah menjadi hamba yang bertaqwa padaNYA, berdoalah selalu sesungguhnya Allah maha mengetahui & mendengar setiap bisikan doa hambaNYA.....

Friday, November 18, 2011

pintaku.....

AKU INGINKAN SEORANG INSAN YANG MAMPU MENJAGAKU, MENGASIHIKU & IKHLAS MENYINTAIKU KERANA ALLAH...AKU INGINKAN SEORANG SUAMI YANG MAMPU MENJADI PELINDUNGKU,MEMBAWAKU KE JALAN KETAQWAAN & KEREDHAANNYA...AKU INGINKAN SEORANG TEMAN DIKALA SUKA & DUKA...AKU INGINKAN SEORANG KEKASIH YANG MEMBAWAKU KE SYURGA MENGAPAI REDHA YG ESA...YA ALLAH HADIRKANLAH DIA YANG MAMPU MEMBIMBINGKU KEJALANMU, YANG MAMPU MENJAGAKU SEPANJANG HAYATKU, YANG SUDI MENERIMAKU SEWADANYA, YANG SETIA BERSAMAKU DIKALA SUKA & DUKA, YANG TAHU MENGHARGAIKU UNTUK SELAMANYA DALAM MENITI PERJALANAN HIDUP INI DENGAN PENUH KESABARAN & KETAQWAAN KEPADAMU YA ALLAH...

Tuesday, November 1, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiD6Rw_dx3u8o3IK9GRgQRb4q42fvxbyawMms15HhpSzz6DucH3AJWBJ1wMUMjpTw490q0dZiKKgRxYw575ZQorCResKnpYMQKUdjQ-nENQ-ELxJENOmAY-8zug4FlCd0dbskv1qOmDpWL/s200/04-1.png

Monday, October 10, 2011

.....CERITA.....

sejak dirinya aku kenali, aku makin yakin untuk mendekatinya, namun aku tidak tahu apakah aku hanya bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya. dia membahagiakanku dia berjaya membuka pintu hatiku untuk mencintai seorang insan yang bernama lelaki. dia seorang yang bertanggungjawab dan anak yang baik kepada keluarganya aku kagum dengan pengorbanannya terhadap keluarganya..kehadiranku di dalam keluarganya diterima baik seolah-olah mereka semua merestui perhubungan kami. keluarganya membuatkan aku berasa senang untuk aku mendekati mereka dengan lebih rapat lagi seperti keluargaku sendiri. namun ramai yang bertanya apakah kesudahan perhubungan kami...aku hanya terdiam dan menyatakan bahawa semuanya qada' dan qadar Tuhan, jika dia yang terbaik untukku dan aku adalah untuknya, aku redha dan menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka...jika sebaliknya aku pasrah mungkin ada hikmah disebaliknya. bagiku...dia lelaki, dia berhak untuk membuat pilihan yang terbaik dalam hidupnya untuk dijadikan suri dihatinya, cinta tidak mungkin dimiliki, jika tiada yang memberi..cinta perlukan pengorbanan, keikhlasan. kejujuran dan kepercayaan.. cinta sesama manusia hanya kekal semasa hayatnya, tetapi cinta yang hakiki dan abadi hanyalah cintakan Allah dan Rasulallah...itulah yang harus kita letakkan harapan/kepercayaan dalam kehidupan kita supaya kita tidak lari dari batas dan syariat agama kita. kini aku hanya menanti dan terus menunggu apakah pengakhiran perhubungan ini. sesugguhnya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukannya.:)'

Thursday, October 6, 2011

KENAPA???

YA ALLAH kenapa sejak akhir-akhir ini diri ini merasakan ada sesuatu yg bakal terjadi dalam hidupku... entah kenapa hati ini sayu memikirkannya, banyak yg telah berubah & telah aku lalui sejak akhir-akhir ini. aku buntu dalam membuat keputusan, aku hanya rindukan kenangan lalu, hidupku lebih ceria dalam menjalani hari-hariku yg jauh diperantauan. Ya Allah, aku rindukan ibu & ayahku, ingin saja aku pulang kepangkuan mereka, namun perjuangan ku masih jauh. berikanlah aku kekuatan, ketabahan & ketenangan hati dalam mengharungi liku-liku hidup ini Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengerti & mengetahui akan segala-galanya.

Wednesday, October 5, 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN



 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi