Mengapa kita sebagai siswa/siswi tidak boleh bersuara untuk menyatakan hak kita yang sebenarnya. Kita adalah peneraju di masa hadapan, kita harus berfikiran terbuka & rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Kita boleh menyatakan kebenaran yang sebenarnya kita tahu itu adalah perkara yang benar, jangan biarkan fikiran kita disempitkan oleh parasit-parasit yang seringkali memperalatkan kita untuk kepentingan mereka semata-mata. Kita perlu bangkit,jangan gentar dengan mereka... kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Kita perlu mengubah segala-galanya kerana kita mampu untuk melakukannya demi masa depan bangsa & agama Islam yang suci. Siapa lagi yang akan membela nasib kita, jika tidak diri kita sendiri... Bagunlah saudaraku, marilah kita bersama bersatu dalam memperjuangkan syiar & syariat Islam.
No comments:
Post a Comment